Apa yang best di Kelantan?

Makan

Kalau nak cerita sikit pasal kelantan macam-macam saya boleh cerita.Paling best tentulah barang dan makanan yang murah.Saya tengok kat Kelantan ni restoran sentiasa penuh di mana-mana saja anda berada.Dari secret resepi di KB Mall,nasi kerabu dan ayam percik Yati di Khota Baru yang terkenal sehinggalah gulai daging Siti Aisyiah di Machang.Saya heran betul bagaimana orang Kelantan mampu makan di restoran -restoran dari yang mewah hinggalah gerai.Semua kedai makan sentiasa penuh dan tak pernah sunyi.Kalau kat K.l kita tengok kedai makan melayu sunyi sepi dan susah untuk hidup.tapi di kelantan malah sentiasa di penuhi orang.selepas mengkaji setiap kali saya makan di restoran barulah saya tahu kenapa kedai makannnya laku.Sebabnya adalah harga yang murah.saya pernah makan nasi dagangĀ  bungkus daun pisang tiga segi macam trompet harganya RM1.Dalamnya ada ayam dan nasi yang berkualiti,bukan macam k.l dan sangat sedap pula .Nasi berlaukĀ  ikan dan kuah yang boleh kenyang untuk makan tengahari baru RM1.Kuih karipap masih boleh dapat RM0.20.Air teh setengah tempat saya pernah dicaj dengan RM0.50.Roti canai saya pernah makan beharga Rm0.60. Memang setiap kali balik Kota Bharu saya mesti naik beberapa kilo.Saya memang balas dendam mana je kedai atau gerai makan yang popular pasti saya pergi.Memang di Kelantan makan di luar sangat murah dan seronok.Kalau anda yang suka makan Kelantan lah tempat yang bagus untuk menggemukkan badan.Kalau anda pergi ke Tok Bali anda jangan terkejut ikan,ketam dan udang memang fresh dan murah.Anda boleh makan di restoran seafood satu keluarga tak habis RM 70.Tapi anda jangan pergi ke Pantai cahaya Bulan bila membeli makanan seafood dengan tak tanya harga.Saya pernah dianak tirikan di situ sebab bukan penduduk tempatan. saya dikenakan RM50 makan beberapa cucuk fishball,sotong dan udang.

Shopping

Saya sangat suka shopping di kelantan sebab murah.Tetapi dengan syarat anda mesti mempunyai juru bahasa bila shopping di pasar tradisional .Kalau tidak anda akan dianak tirikan kerana di cop anda orang luar.Tapi kalau shopping di kompleks seperti Billion ,KB Mall atau Tesco memang murah dari K.l.Tapi bergantung barang yang anda cari.Pinggan mangkuk,barang -barang logam dan stainless steel memang murah.Kalau anda suka periuk belanga dan pinggan mangkuk di sinilah untuk menghabiskan duit anda.Kain songket,batik,kaftan,kain memang murah.Saya suka beli jeans di pasar bas stand tapi mesti ditemani suami saya untuk jadi jurubahasa.Kalau tidak anda rasa harga di Kl lebih murah dari di KB.

4 responses to “Apa yang best di Kelantan?

  1. terasa rindu nasi krabu klate.. haha..

  2. mmg best sgt ble shopin sb brg murah..wpn bkn ori..tp yg penting pndai bergaya kn…

  3. ahmad faizal mohamad

    salam..

    bagi org luar mmg murah tp bg org kelantan smua harga dh naik..sbb tu kalau kat kedai makan ada yg mengalahkan harga kat kl..

  4. promosi..
    kalau u all sgah machang kelantan,korang g la makan kat kedai kuning depan istitut memandu..
    sedap woo..hehe
    aku suka roti canai dia, kuah dal pun pekat,kuah kari dia byk isi daging..sedap gler..
    nasi kerabu pun best, telur masin,ayam bakar, ayam goreng,daging bakar daging goreng semua ada..
    pendek kata puas hati la makan kt cni..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s