-
Search It!
-
Recent Entries
-
Links
Hidup ini satu perjuangan…
Setiap hari kita melihat manusia atas bumi berjuang untuk melalui kehidupan setiap hari.Berjuang pergi ke tempat kerja,berjuang membayar bil setiap bulan,berjuang memberi kehidupan sejahtera kepada keluarga.kadangkala kita ada terlupa tentang perjuangan orang yang kurang mampu untuk ke sekolah,makan dan juga untuk hidup.
Namun betapa besarkah perjuangan kita untuk menjadi muslim sejati,yang menolak kezaliman keatas manusia lain seperti menjatuhkan kawan-kawan yang lebih berjaya,berjuang untuk melakukan sembahyang lima waktu sehari,berjuang dari keinginan untuk menjadi kaya dengan cara singkat ,berjuang dari berhenti mengumpat dan mengata orang yang kita tidak suka dan juga berjuang untuk menjadi muslim sejati yang diredhai di dunia dan akhirat.
Posted in Uncategorized
Antara cinta,kasih dan tanggungjawab…
Saya hairan melihat ketabahan kawan saya yang suaminya baru jadi orang OKU.Selepas kemalangan motosikal suaminya telah kehilangan sebelah kaki dan tidak mendapat pamapsan sebab menjadi pengangur untuk keseian tahun.Kawan saya yang takut membawa kereta semenjak 25 tahun lalu tabah membawa suaminya ke hospital setiap minggu,memasak,menguruskan anak sendirian,bekerja menaiki 3 bas setiap hari.Pergi kerja jam 9 pagi pulang kerja setiap hari jam 11.30 malam sebab bekerja di shopping mall.Tidak dibantu mana-mana saudara dan jiran menguruskan kehidupan dengan tabah dan sabar tanpa mengeluh pada suami yang sudah menjadi cacat kekal.Inilah dinamakn zaman moden ini kita masih menemui isteri-isteri yang setia,tabah,sabar dan redha dengan nasib dirinya tanpa rasa kecewa atau putus asa.
Memang tuhan itu maha adil dan saksama.Walau kawan saya berjuang seorang diri menanggung keluaraga tanpa rasa kecewa tuhan masih sayangkan dirinya.Setiap bulan dia mendapat rezeki yang mencurah-curah hasil pengorbannya menjaga suami yang kurang upaya dengan tabah dan sabar..
Posted in Uncategorized
Satu Pengalaman di negeri jiran..
Beberapa tahun yang lalu saya sempat pergi melawat datuk nenek dan saudara mara di tanah orang minang di Sumatera.Sudah 25 tahuntidak menjenguk saudara mara di sana.
Pengalaman itu berlaku seminggu lagi akan menyambur hari raya Aidilfitri dan seminggu terakhir ramadhan.
Apa yang ingin saya ceritakan betapa sedari dalam perjalanan itu ramai rakyat negeri itu tidak kira lelaki ,perempuan dan anak-anak remaja langsung tidak berpuasa dan merokok,makan ,minum ditempat awam.
Malah sepanjang perjalanan bas yang saya naiki itu tidak pernah berhenti sholat walau waktu subuh sudah hampir tamat.Malah waktu Isyak atau Magrib juga tidak berhenti jika saya tidak menyuruh pemandu bas berhenti untuk mencari tempat sholat walau sekejap.
Malah sewaktu sembahyang jumaat pada bulan ramadhan ramai anak-anak muda tidak ke masjid dan merokok di tempat awam.Saya hanya menggeleng-gelengkan kepala..
Sewaktu hari raya setiap kampung menyambut hari raya berbeza -beza dengan kampung yang lain mengikut ajaran masing-masing.Malah kampung sebelah telah menyambut raya.Kampung lain belum raya.Malah puasa pun lain-lain.
Kesimpulannya betapa walau kita ingin menjadi seorang islam atau mukmin yang baik tetapi lingungan masyarakat jika tidak mahu menjadi seorang mukmin yang baik..bala dan musibah jatuh kunjung tiba pada masyarakat tersebut.
Nampaknya penyakit dan musibah yang sedang dihidapi oleh masyarakat negeri jiran itu telah melanda negara kita dan semakin terselah dengan masalah ekonomi dan pemimpin yang tidak cekap menerajui negara kita.Adakah ini hasil musibah dan laknat tuhan kepada kita dengan menjadi umat Islam yang tidak takutkan tuhan?
Posted in Uncategorized
Mengapa ramai orang Melayu memilih kerja?
Saya mempunyai pengalaman bagaimana susahnya orang Melayu untuk bekerja di saat ini dimana walau banyak pusat perniagaan dan supermarket,shopping mall yang tumbuh bak cendawan tapi orang melayu tidak dapat bekerja sebab tidak ada kemudahan untuk sholat.Contohnya jika seorang pekerja itu masuk shift ada waktu -waktu tertentu tidak dibenarkan sholat sebab pelanggan sedang ramai.Contoh di restoran makanan segera atau di butik yang tidak cukup staff.
Ada juga staff tidak dibenarkan keluar untuk sembahyang jumaat,sembahyang asar,magrib dan zohor atas alasan bukan waktu rehat.Tidak hairanlah ramai orang melayu tidak suka kerja di shopping mall yang terlalu ketat dalam membenarkan pekerja untuk menunaikan sembahyang 5 waktu.Ada sesetengah butik,restoran dan juga kedai jauh dari tempat sembahyang.Ada yang tempat sembahyang di basement parking,bersebelahan tandas atau store room.
Memang umat islam di Malaysia semakin ramai tidak boleh mengerjakan lima waktu atas alasan kerja.Saya melihat dari pengalaman anak saya yang bekerja di restoran makanan segera yang malas untuk mengerjakan sholat waktu bekerja atas alasan on duty.
Beginilah generasi rakyat Malaysia yang beragama Islam tidak kira tua atau muda sudah tidak boleh dan tidak mahu mengerjakan sembahyang lima waktu atas alasan kesibukan kerja.
Adakah kita akan menjadi rakyat seperti negara jiran yang menutup kepala sehingga kaki tetapi bekerja di rumah dan restoran bukan Islam memasak dan menyediakan makanan dan minuman haram atas alasan kesempitan hidup untuk membesarkan anak-anak di kampung.
Posted in Uncategorized

















